2013-04-19

Luahan Hatiku ^^

Assalamualaikum w.b.t,

Bulan ini ialah bulan yang penuh dengan KESIBUKAN. 3 minggu berturut-turut dah tinggal kelas tuisyen. Bermula daripada Program Kepimpinan MPP, Hari Kokurikulum dan minggu ini, ada raptai untuk Majlis Anugerah Cemerlang. Minggu hadapan ada apa-apa ka? HAHA! 

Hari ini tadi, sekolah saya, SMKA Tun Ahmad Zaidi, Kuching, mengadakan Majlis Persaraan Cikgu Jelani Alias. Cikgu yang lama berkhidmat di sekolah tersebut. Iaitu selma 20 tahun. Nanti tentu saya akan merindui guru itu. :'( sob sob..

Hari KK minggu lepas, saya, PBSM mendapat tempat ke-2 keseluruhan. Alhamdulillah, walaupun ada sedikit masalah teknikal. Saya menyerai kawad kaki dan gerai jualan. Kawad kaki, tiada nombor. Manakala geri jualan mendapat tempat pertama...(TEPUK TANGAN!!)

Minggu ini, berrmula 25 APRIL 2013 akan berlangsunglah Peperiksaan Pertengahan Tahun. Peperiksan ini berakhir pada 10 MEI 2013. Chaiyok! Semoga berjaya!!!!!!!

Sampai di sini sahajalah luahan hatiku ini. Terima kasih, Syukran :) Xie xie..
Photobucket