2013-07-14

Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum w.b.t
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan..



Alhamdulillah, kita sudah berada di dalam bulan yang mulia dan penuh barakah ini. Pada kesempatan ini saya nak mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini. Janganlah pua nak cepat habis Ramadhan. Rugi~
Bulan Ramadhan kita harus berasa gembira ketika harinya sudah tiba dan sedih apabila harinya semakin berakhir. Ini kerana Bulan Ramadhan kita akan menerima pahala yang lebih berkali ganda daripada 11 bulan yang lain. JANGANLAH NAK RAYA SAHAJA sehinggakan ada yang menghitung hari untuk tiba di bulan Syawal. Memang.. Memang kita boleh menerima Syawal, tetapi janganlah sambutan yang berlebih-berlebih. 

Bercakap tentang bulan Syawal, mengapa bulan Syawal orang sering menghidangkan air berkarbonat? huh.. Pada pandangan saya, air berkarbonat tidak baik untuk kesihatan. Kita haruslah menyediakan air-air yang biasa sahaja.. Maksudnya di sini, hidanglah air oren, air jus dan air kosong pun boleh! Lagi bagus tu.

Tidak terasa Ramadhan sudah masuk pada hari ke-5...Saya rasa seperti semalam sahaja baru kita berpuasa. Betulkan? Semakin hari masa semakin cepat. Walaupun saat, minit, jam itu berjalan pada masa yang sama...Saya masih bingung, walaupun saya sudah berniat untuk bangun malam dan dah mengunci jam loceng, tapi saya tak bangun! Tak ada rezekilah...Saya nak solat malam.. :') Tapi itulah masalahnya, saya tak bangun-bangun..Penat sangat kot?

Baiklah, sampai di sini sahajalah coetan saya hari ini. Terima kasih..

Yang Comel,
Photobucket