2016-05-16

Apa yang Saya Belajar dalam Diploma Perakaunan (Accountancy) ?

Assalamualaikum,

Hari ini Aisyah nak buat satu post tentang apa yang kita belajar (Untuk Account SAHAJA) [Aisyah dedahkan untuk Semester 1 SAHAJA ya]


1. Financial Accounting (Semester 1-5)

Dalam course (subject) ini, ada 5 stages, so stage 1 tu Financial Accounting 1 (FAR110), ini yang paling basic. Tetapi, kalau tak belajar betul-betul, main-main, lagha!!! probability untuk failed tu tinggi! Kalau failed, kena repeat benda ini untuk sem seterusnya, tak boleh ambik FAR160 (Sem 2), kena passed yang sem 1.

So, dalam subject ini, kita belajar:

Basic Theory in Accountancy
Journal
Journal Entries
Statement of Profit or Loss
Statement of Financial Position (MUST BE BALANCE!)
Bank Reconciliation

Sesiapa yang ada belajar prinsip akaun di sekolah, dapat advantages lah, tapi, sekarang belajar dalam English tau! Yang tak ada basic account jangan risau, Aisyah pun takde basic account masa masuk, belajar2 budak yang ada basic account yang mintak Aisyah ajarkan.

P/S: Failure untuk subject ini banyak jugak tau, belajar betul2, dah buntu tak tau boleh email Aisyah, insyaAllah Aisyah tolong and jawab.

2. MicroEconomics (ECO162)

Hah, yang ini ada 2 peringkat, MicroEconomics & MacroEconomics (yang ini belajar masa semester 4)

Dalam ini kita belajar Theory + Calculation. Theory ada essay, dalam ni more to theory. Calculation camtu je. Dapat je. Asal tahu formula, okay, boleh jalan!

Kita belajar...

Introduction to Microeconomics
Demand and Supply
Price Elasticities
Elasticities
Cost of Production, Profit Maximisation
Short Run & Long Run Supply
Tax, Subsidies

yang tu lah yang kita belajar, yang ada ekonomi asas dulu pun ada advantages. Aisyah dulu tak ambik ekonomi asas pun boleh jalan.. Alhamdulillah...

3. Introduction to Business (MGT153)

Yang ini, yang ambik programme Bussiness Admins & Banking pun ada ambik.

yang ini, Aisyah ada lemah sikit, sebab Aisyah tak minat sangat baca2 ni.. Alhamdulillah dapat jalan sem 1 dulu, dengan usaha gigih nak faham and hafal theory. EH! jangan hafal je tau, faham jugak. Ini ilmu kalau kita nak business kelak.

Subjek ini ada buat assignment buat company sendiri (of course dalm group), presentation, exam semua theory and essays.

Dalam subject ini kita belajar 10 topics. Selalunya lecturer dah set kan 1 topic 1 class, so, 1 class tu ada 3 jam.. Tahan lah ye. ada kena mengena sikiiit dengan economics dan accounts. Satu lagi! Subject ini kelak ada sambungan Semester 2, tapi kira macam cousin lah. Tapi passed je, susah nak repeat, kecuali assignment & quizzes malas nak buat! Sem 2 kelak ada introduction to management..

4. Business Mathematics (MAT112)

Yang ini, semua student boleh go on, dulu pun yang ini Aisyah punya favourite subject. Tengok tajuk subject pun Business + Mathematics. First topic dia dah belajar time spm kpd sesiapa yang ambik addmath. tajuk progression. lepas topic tu, dah tak ada kena mengena dengan add math, dah masuk business. belajar kira loan, bank, etc. BESTTT.... discount..

5. Core Subject - CTU101 (agama), ELC120 (english listening), HBU111 (kesatria)

okay, yang ini basic yang dipelajari Sem 1 . Selamat berjaya semua. Susah susah dahulu, senang senang kemudian.

Ada pertanyaan? email Aisyah sitiaisyah97@gmail.com // drop comment okay? Eh jangan lupa email yg korang isi dalam upu tu, email korang guna utk uitm tau, kalau  nanti kena verify untuk korang punya student portal. Student portal tu penting, untu print notes, cek kolej, print slip exam, daftar course, cek bil-bil..
Photobucket

Alhamdulillah, rezeki daripada Allah SWT

Asslamualaikum, result baru-baru ini dah keluar, cuma tinggal nak ready untuk pergi ke semester ketiga! New sem, new me, new course (subject)

Makin lama makin tough, Ya Allah, semoga dipermudahkan...

Jadi, Aisyah nak share result boleh?


TADAAA~~~
Apa salah nak bagitahu kan? So, hari ini kan result UPU keluar, jadi....

Kepada bakal mahasiswa dan mahasiswi UiTM Dihatiku kelak, terutamanya yang dapat program Diploma Perakaunan // Kampus Samarahan, TAHNIAH!! Tengok! Aisyah boleh, takkan korang tak boleh...Asal kita ada banyak keyakinan, berserah segalanya kepada Allah SWT, jangan asyik merungut susah sahaja.

Dalam 3 minggu ini nak masuk bulan Ramadhan, jadi kita puasa!!! Best tau, kalau yang dapat dekat UiTM Kampus Samarahan 1 tu, jom Aisyah ajak pergi bazaar belakang Kolej Mulu..hehehehe BEST TAUUUUU

Jadi, sekali lagi tahniah kepada yang berjaya, yang tak berjaya usaha lagi! Buat rayuan! Fikir positif, tunggu next intake, Form 6 ke, boleh kan? Politeknik pun masih ambil student kelak. Don't worry, be happy ok?

Photobucket