2019-08-29

FAQ Diploma Perakaunan UiTM | FAQ Diploma in Accountancy UiTM [PART 1]

Assalamualaikum wbt

Baiklah. Banyak yang tanya dekat emel, instagram or Facebook pasal Diploma Perakaunan ni. So, it has been app. 3 years saya tak update blog ni.


1. Soalan: Susah tak kalau nak ambik Diploma Perakaunan, kak?

Jawapan: Bagi saya, ini terpulang dengan kelebihan & kesungguhan masing-masing kalau nak melanjutkan pelajaran ni. Kalau diikutkan, semua program susah, kan? Kalau awak minat, nak ambik tu, ambik je. Tapi kalau bukan pilihan sendiri untuk program tu, takde pilihan lain lagi as it is the last choice, apa kata try ambik. Ingat tau, takda ujian yang diberi tu diluar kemampuan kita. Even kita failed tu, tak bermakna kita failed everytime. Saya pun pernah failed. Memang first rasa failed tu macam....I WANT TO QUIT! SUSAH LAH...BOLEH KE AKU TERUSKAN? NANTI AKU KENA MARAH..AKU MALU.. Alhamdulillah saya overcome it. Sekarang on track insyaAllah. Doakan I tau..

Konklusinya, jangan risau..Kalau itu yang terbaik untuk awak, apa salahnya. Cuba! Best tau perakaunan ni. Memang nampak nerd, but it's the best. Professional tau Accounting ni...

2. Soalan: Kak Aisyah, time SPM dulu saya tak pernah pun ambik Perakaunan. Sikit pun tak tahu tentang Perakaunan. Zero Knowledge.

Jawapan: Kalau nak tahu, akak pun bukan daripada Aliran Perakaunan waktu SPM dulu. Memang Zero Knowledge jugak pasal Perakaunan ni first masuk. This is my first choice tau. hihihi Tu pun sebab nak lari dari Aliran Sains. Dulu akak Sains Tulen. Kalau nak sambung Engineering ke yang kaitan Sains tu memang lepas, family pun ada cakap jugak kenapa tak ambik yang macam tu kan. Sebab rasa macam dah tak nak belajar Sains and decide nak ambik Perakaunan. Dulu pun cita-cita nak jadi Doktor Pakar Sakit Puan. Hebat kauuu..

Don't worry, sebab apa? you will study whole accounting studies from A to Z. Even kawan-kawan yang pernah ambik accounting pun belajar dari A tau. For your information, Kan akak tak pernah ambik akaun di sekolah, tapi I made it. dapat pointer lagi tinggi dari student yang ambik akaun masa sekolah. Dekan pulak tu. Eh, bukan nak riak, nak motivate that you all can do it too!

3. Soalan: Dah masuk nanti buku rujukan apa yang digunakan ye kak?

Jawapan: Hmmmm.....Kadang lama akak fikir jawapan untuk soalan ni. Mostly sekarang guna buku baru. Tapi based on junior yang selalu tanya hal buku ada yang masih guna lagi ada yang dah baru. So, baru mula masuk ni tak payah risau tentang buku lah. Sebab selalunya buku kan tak tahu guna buku baru ke lama kan, Lecturer akan suggest buku apa yang akan digunakan. Kalau lecturer tak sentuh hal buku time first introduction tu, beranikan diri tanya. Lecturer tak makan awak punya. Mana tahu lecturer lupa atau memang tak guna buku, beliau lupa nak mention notes etc. Kalau tak guna buku pun, kalau dapat lecturer yang rajin mereka akan sediakan notes & suruh wakil photostate. Kalau tak jugak, cari sendiri dekat ilearn. Buku ni ada jugak lecturer suruh pinjam or beli dari senior. tu depend lah kan version lama or baru.

So, tak payah membingungkan diri kalau tak ada buku rujukan. Just enjoy your day..

Rasanya Q&A sampai sini dulu lah ye. Kalau ada pertanyaan lagi boleh contact je.

Photobucket

2016-05-16

Apa yang Saya Belajar dalam Diploma Perakaunan (Accountancy) ?

Assalamualaikum,

Hari ini Aisyah nak buat satu post tentang apa yang kita belajar (Untuk Account SAHAJA) [Aisyah dedahkan untuk Semester 1 SAHAJA ya]


1. Financial Accounting (Semester 1-5)

Dalam course (subject) ini, ada 5 stages, so stage 1 tu Financial Accounting 1 (FAR110), ini yang paling basic. Tetapi, kalau tak belajar betul-betul, main-main, lagha!!! probability untuk failed tu tinggi! Kalau failed, kena repeat benda ini untuk sem seterusnya, tak boleh ambik FAR160 (Sem 2), kena passed yang sem 1.

So, dalam subject ini, kita belajar:

Basic Theory in Accountancy
Journal
Journal Entries
Statement of Profit or Loss
Statement of Financial Position (MUST BE BALANCE!)
Bank Reconciliation

Sesiapa yang ada belajar prinsip akaun di sekolah, dapat advantages lah, tapi, sekarang belajar dalam English tau! Yang tak ada basic account jangan risau, Aisyah pun takde basic account masa masuk, belajar2 budak yang ada basic account yang mintak Aisyah ajarkan.

P/S: Failure untuk subject ini banyak jugak tau, belajar betul2, dah buntu tak tau boleh email Aisyah, insyaAllah Aisyah tolong and jawab.

2. MicroEconomics (ECO162)

Hah, yang ini ada 2 peringkat, MicroEconomics & MacroEconomics (yang ini belajar masa semester 4)

Dalam ini kita belajar Theory + Calculation. Theory ada essay, dalam ni more to theory. Calculation camtu je. Dapat je. Asal tahu formula, okay, boleh jalan!

Kita belajar...

Introduction to Microeconomics
Demand and Supply
Price Elasticities
Elasticities
Cost of Production, Profit Maximisation
Short Run & Long Run Supply
Tax, Subsidies

yang tu lah yang kita belajar, yang ada ekonomi asas dulu pun ada advantages. Aisyah dulu tak ambik ekonomi asas pun boleh jalan.. Alhamdulillah...

3. Introduction to Business (MGT153)

Yang ini, yang ambik programme Bussiness Admins & Banking pun ada ambik.

yang ini, Aisyah ada lemah sikit, sebab Aisyah tak minat sangat baca2 ni.. Alhamdulillah dapat jalan sem 1 dulu, dengan usaha gigih nak faham and hafal theory. EH! jangan hafal je tau, faham jugak. Ini ilmu kalau kita nak business kelak.

Subjek ini ada buat assignment buat company sendiri (of course dalm group), presentation, exam semua theory and essays.

Dalam subject ini kita belajar 10 topics. Selalunya lecturer dah set kan 1 topic 1 class, so, 1 class tu ada 3 jam.. Tahan lah ye. ada kena mengena sikiiit dengan economics dan accounts. Satu lagi! Subject ini kelak ada sambungan Semester 2, tapi kira macam cousin lah. Tapi passed je, susah nak repeat, kecuali assignment & quizzes malas nak buat! Sem 2 kelak ada introduction to management..

4. Business Mathematics (MAT112)

Yang ini, semua student boleh go on, dulu pun yang ini Aisyah punya favourite subject. Tengok tajuk subject pun Business + Mathematics. First topic dia dah belajar time spm kpd sesiapa yang ambik addmath. tajuk progression. lepas topic tu, dah tak ada kena mengena dengan add math, dah masuk business. belajar kira loan, bank, etc. BESTTT.... discount..

5. Core Subject - CTU101 (agama), ELC120 (english listening), HBU111 (kesatria)

okay, yang ini basic yang dipelajari Sem 1 . Selamat berjaya semua. Susah susah dahulu, senang senang kemudian.

Ada pertanyaan? email Aisyah sitiaisyah97@gmail.com // drop comment okay? Eh jangan lupa email yg korang isi dalam upu tu, email korang guna utk uitm tau, kalau  nanti kena verify untuk korang punya student portal. Student portal tu penting, untu print notes, cek kolej, print slip exam, daftar course, cek bil-bil..
Photobucket