2013-03-23

School Holiday!

Assalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh...
Harini bermulalah cuti sekolah bagi pelajar-pelajar seluruh Malaysia selama seminggu.. So, adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang sudah ready ke nak bercuti? Jangan nak enjoy jaa. Belajar jugak. Demi masa depan ni. Sekarang ini mesti dah ada SEMANGAT yang baru kan? Sebab SPM dah keluar hari Khamis yang lalu, 

So, sekolah saya, SMK Agama Tun Ahmad Zaidi Alhamdulillah 5 orang yang mendapat straight A.. paling tinggi pun 10A+1A :) Tahniah-tahniah. Tahniah jugak kepada abang-abang dan kakak-kakak yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. :) Semoga lebih berjaya diluar sana :) Kepada yang gagal tu, ini baru permulaan kehidupan yang sebenar. InsyaAllah mash ada kejayaan yang menunggu di luar sana. "Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya.." Okay! Take Note ya!



Okay. Baru-baru ini, saya baru sahaja melepasi UJIAN PROGRESIF 1..Alhamdulillah tak ada yang FAILED. Biology paling rendah :( wuuuuuu. Gimana nih? Ada sesiapa yang sudi ajar? Hehehe :) Takpe, cuti ini saya dah sedia JADUAL BELAJAR, dinding bilik saya penuh dengan lekatan-lekatan (haha..) BIOLOGY, CHEMISTRY ... Semualah!! haha! lucu betul.

Baiklah, isu seterusnya, baru-baru ini juga telah tersebar tentang PENCEROBOHAN LAHAD DATU, SABAH, MALAYSIA..hmm.. Alhamdulillah sekarang ini berkurangan penceroboh-penceroboh di sana. Tetapi masih berbaki. Insyaallah Malaysia kembali aman dan damai. INSYAALLAH..

Baiklah. Selamat bercuti ya! Adik-adik, kakak-kakak, abang-abang dan juga CIKGU-CIKGU :)
 Photobucket

No comments:

Post a Comment