2015-11-15

Pengalaman di UiTM - Semester 1 (Tips Belajar)

Assalamualaikum.


Dalam 2 minggu lagi Aisyah akan mula semester baru iaitu 30 November 2015. Alhamdulillah result baru-baru ini untuk Semester 1 dapat yang terbaik dan puas hati. Memang dapat tinggi. Bukan nak menunjuk-nunjuk. Tetapi nak bagitahu, walaupun sekolah menengah dulu daripada aliran Sains, tetapi mampu untuk mencapai yang terbaik dalam aliran yang berlainan. InsyaAllah. Konsistenkan diri sendiri.

Kalau sesiapa sambung belajar dekat sini atau yang tengah belajar dekat sini nak belajar sama pun boleh. Apa salahnya. Jangan malu-malu. Entah-entah Aisyah yang malu-malu. Aisyah tidak banyak cakap, selalu diam-diam berbisa. ;D


Cara belajar Aisyah untuk Semester 1 dalam Diploma Perakaunan;

1. Setiap hari kita kena niat untuk belajar. Masuk kelas niat belajar kerana Allah. Bukan niat nak usha lelaki atau perempuan. Kadang-kadang kalau dapat kelas petang, kita merungut, tak sabar nak habis kelas, kalau rasa lecturer bosan terus niat nak tidur dalam kelas. Paling utama berkat Allah itu penting.

2. Fokus! Setiap blog atau entri yang anda jumpa mesti ada fokus, kan? Memang fokus ini penting. Kalau tak dapat nak fokus, cari cara anda sendiri bagaimana nak fokus dalam sesuatu pelajaran itu. Macam Aisyah, kalau fokus Aisyah dah lari, Aisyah sedia awal smartphone, record apa yang lecturer itu cakap. Ada dalam satu subjek ini, ramai classmate Aisyah cakap, lecturer ini ajar laju, susah nak masuk, tahap tinggi daripada diploma kalau ajar. So, kat sini, Aisyah nak cakap cari cara sendiri. Kalau fokus tu hilang sebab mengantuk, makan gula-gula ataupun pergi ke toilet cuci muka. Kalau susah sangat pergi berjalan-jalan dekat koridor luar atau berdiri ke. Tak akan ada sesiapa yang marah. Jangan malu. Bekal air kosong ke keals. AIR KOSONG! Jangan air warna-warni.

3.  Keberkatan daripada lecturer kita. Berkat lecturer pun mesti ada. Pernah dalam semester 1 ni, satu kelas Aisyah kena marah dengan lecturer. Kalau lecturer kita marah, jangan buat muka, jangan mengata yang buruk-buruk belakang mereka. Aisyah memang melalui benda ini semua. pengalaman mengajar erti hidup kita, kan? Aisyah kongsi dekat sini. Sebelum exam, minta berkat dengan mereka. Minta maaf. Buang ego. Buang dendam. Tak payahlah ego dan dendam dengan orang. Tak ada gunanya.


4. Siapkan assignment dan tutorial dengan kadar yang SEGERA. Lepas kita siapkan kerja, review balik apa yang kita belajar hari tersebut. Buat nota yang simple dan kita boleh faham. Ikut masa kita yang sesuai. Kalau dalam pukul 5 petang, kita pergi bersenam, bersukan atau berjoging. Malam kita study. Kalau boleh sebelum pukul 10 malam. Boleh bangun waktu pagi dalam pukul 3 pagi. Sebelum belajar, Solat Tahajud dan Solat Taubat. InsyaAllah kita akan tenang belajar. Kalu tak nak, ambil wudhu'. Lebih baik Solat. Nak sambung tidur boleh dalam 30 minit. Bangun. Pergi mandi. Solat Subuh. Review balik. Kalau ada kelas pagi, makan yang ringan dahulu. Lepas kelas boleh breakfast.

5. Organising file. Ini yang paling penting kalau Aisyah nak belajar. Meja belajar kena kemas. Nota dan Tutorial dalam file disusun kemas untuk setiap subjek. Aisyah beli one file for one subject. Dalam file tersebut buatlah divider for each category seperti Past Years Paper, Notes, Tutorials & Quizzes. Okay tak? Laburkan wang anda dengan keselesaan anda dan untuk masa depan kita juga.

6. Tidur secukupnya. Badan kita kena rehat. Nanti sakit. Kalau sakit tak dapat turun kelas. Susah kalau nak belajar benda baru daripada kawan. Daripada lecturer lebih baik. Sekurang-kurangnya tidurlah 6 jam. Ada juga di kolej kita jumpa kawan-kawan stay up tengah malam. Tidur 1 jam lepas tu bangun balik belajar. Kalau Aisyah, Aisyah tak dapat macam itu. Even Rasulullah tidur waktu malam untuk Solat Tahajud. Kalau nak jugak, tidurlah selepas Zohor kalau tak ada kelas. Tidur sekejap. Mengikut sunnah Rasulullah. InsyaAllah... Lebih baik Solat tengah malam, kan? Ada juga kita jaga hubungan kita dengan Allah. Memang ramai yang akan buat seperti ini pada zaman kita belajar dekat universiti ini. Terutamanya dekat nak final atau tengah final. Prinsip Aisyah, apa guna kita belajar untuk satu semester, belajar betul-betul malam sebelum final sahaja. Lepas final, lepas kita keluarkan atas kertas semua yang dibelajar. Terus lupa.

7. Jangan berfoya-foya sangat. Kalau dekat kampus Aisyah ini, jalan kaki pergi ke shopping complex, kedai makan lepak! Nak dijadikan satu cerita, ada seorang ini, rasa terlalu bebas dekat luar, mungkin dia culture shock. Terus, ada orang luar ambil dia, tidur di rumah sewa. Keluar. Tidak pergi ke kelas. Bebas sangat. Terus, dengan rela diri, dia quit. Lebih baik quit daripada dibuang, kan? Jadi, lebih baik ikut aktiviti kolej atau kampus. Kalau nak keluar boleh. Jangan setiap hari. Buang masa.

Rasanya itu sahajalah. Kalau ada yang kurang, nak tanya apa-apa tentang belajar dan UiTM, boleh email Aisyah -> sitiaisyah97@gmail.com InsyaAllah Aisyah akan reply segera. Kalau nak Aisyah buat entry tentang UiTM pun boleh. InsyaAllah..

I will update more soon. Terima kasih sebab baca.

P.s: Yang paling penting, balancekan diri kita. Jaga hubungan kita dengan Allah, dengan manusia, dan dengan alam. Kan?
Photobucket

2015-05-08

Alhamdulillah Rezeki Dari Allah

Assalamualaikum..

Lama tak update entah hape dah.

Alhamdulillah Allah bagi rezeki kepada hamba Nya ini. Aisyah dapat tawaran masuk Matrikulasi kat Labuan dan UiTM bagi Diploma Perakaunan. Jadi ape pilihan saye?

Aisyah pilih UiTM Di Hatiku.. Kenapa akaun? Sebab based on my result, Aisyah lebih ke bidang kira-kira. Ayah pun ada tolong decide, tengok Math A+ ngan AddMath A- . So, why not go on with accounting? (Dulu ayah pun ambek accounting dekat UiTM, zaman tu bukan UiTM tapi ITM) hmm. diikutkan kisah beliau ambik Degree lah dalam accounting dan statistic. Tapi belum tahu lagi kat kampus mane. Insya Allah hari ini jam 3 petang bagitahu kat mane. Diploma in Accounting ni dalam 2 tahun setengah. Memanglah Aisyah takde basic. Kalau dah belajar, okaylah tu. Kalau semua cakap susah susah susah cam mane tu? Semua bidang susah. Allah lebih tahu tahap kita. Dia tidak menguji kita dengan benda yang kita tak mampu buat.



Matrikulasi pulak Aisyah ditawarkan Sains untuk 1 Tahun, dapat pulak kat Labuan. Hari tu rase ragu2 jugaklah, sebab confused before SPM rase nak sangat jadi Doctor. Belum tahu lagi kat mane kelebihan tu. Tup tup. Otak Matematik and Solving Problem. Takpe. Aisyah tolak je tawaran Matriks. Ambik Accounting.

Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya...

Satu lagi rezeki dari Allah ialah...
Aisyah lulus JPJ Test! Alhamdulillah...Tunggu Lesen P nak keluar lagi dalam seminggu. Waktu nak test tu memanglah rasa nervous, dah selesai memang rasa lega selega-leganya. Masa tunggu giliran tu dah mengantuk sangat, dah hilang rasa nervous. Memang entahlah kenapa letih sangat. Tunggu nak balik nak rehat je..

Memang ade ramai rakan-rakan kat luar, kat dalam yang frust upu tak terima. Tapi kita mesti think positive, Allah lebih tahu bagaimana jalan hidup kita, kalau tak dapat upu pun, masok Matriks ke, Form 6 ke, banyak alternative lain nak belajar. Tak boleh putus asa. Mesti move on no matter what. Tengok kelemahan diri kita kat mane. Rabbi Yassir Wa La Tu'assir.

Kalu yang dah menyesal tak sudah tu, Pun move on jugak, tak ade apa nak dikesalkan, memanglah Aisyah tidak berada in your shoes. Tapi nak buat macam mane, dah diberi macam tu. Kita think out of the box. Ok? Boleh?

Alhamdulillah. Memang ada orang cakap, kalau susah baru nak cari Allah. Masa senang tak pun? InsyaAllah kita sama-sama baiki diri...

Terima Kasih Ya Allah.. 
Photobucket

2015-02-25

IPHONE 5S GIVEAWAY BY SYAFIQSPECKI

Assalamualaikum..


Hari ni, Aisyah nak bagi ucapan sikit sempena Projek Business Jersey, Futsal Shoes etc. Syafiq Specki.. Dah lama nak buat, tak kesampaian, laptop pande rusak indah lok.(Paham ka?)

Ucapan? Hmm.. Tak mengharapkan sangat iPhone 5S, oleh kerana dah dijemput, tak boleh tolak. Kalau ikutkan zaman Rasulullah SAW dahulu, apa2 jemputan mesti hadir, mesti terima, kecuali lah ada urusan yang terlalu penting tak dapat elak. Confirm, kalau top referal ada satu blog tu memang menang hahahaha..

2015-02-17

Belajaq Cakap Sarawak.

Malam ni, Aisyah nak ajar cakap Sarawak. Dah tak tahu topik ape lagi ni.
Start terus lah.

SAYA = KAMEK
AWAK = KITAK
AWAK SEMUA = KITAK ORANG (selalunya, area Kuching akan sebut 'kitak oghang')
KAMI = KAMEK ORANG (selalunya, area Kuching akan sebut 'kamek oghang')
MEREKA = SIDAK

KENAPA? = KENAK? / APAHAL?
DI MANA = KAT SINE? (sebutan 'e' tu macam sebut 'cafe')
SIAPA? = SAPA?

Photobucket

Adam Isyraf Turns 2 Giveaway!

Salam...


KLIK BANNER KALAU NAK JOIN!

Photobucket

2015-02-11

GIVEAWAY BY EKINRAZALLI WORTH RM500 TO WIN!

Assalamualaikum dunia~


JOM JOIN! KLIK BANNER~

Hadiahnya.. pergghhh.. memang best!

Tag:

Yunn
Kak Deanna

Photobucket

Alhamdulillah Dah Isi UPU

Salam,

Malam semalam, Aisyah dah isi permohonan UPU dan Alhamdulillah Fasa 1 ni dah selamat sampai kat sana.
Tapi yang pelik nya masih ada orang tak tahu apa itu UPU. Kawan-kawan lah ditanya dah isi UPU tak? Tapi ditanya balik apa ke benda kah UPU.. Saya rasa macam sik cayak jak koh! hahaha. takpe, dah explain tu tau lah mereka


Berdebar jugak la isi, siapa tak nervous nak pilih untuk sambung belajar? Tiba2 tak cun nanti kan susah.

Ayah ada cakap depend on me masa nak isi UPU, dia tak nak masuk campur. Cuma tanya jugak la maklumat ibu bapa tu.

Kawan-kawan yang nak isi UPU tu, fikir2kan lah ye, Aisyah pun isi semua tu Asasi Sains. Nanti dah lepas Asasi mesti pening lagi nak pilih ape, kecuali lah dah terfikir dari first. Kalau ikutkan hati sekarang nak ambik Medic. Kalau nak ambik Pergigian mesti dah ambil dari sekarang. Perubatan ke Pergigian?

Dah buat pilihan semua, tanya parents, Solat Istikharah semua tu, decide ambil Perubatan...

Biasiswa pun, JPA memang susah dapat, orang yang top scorer selalu dapat. Tanya ayah biasiswa perlu tak. DIa cakap tak payah. HAHAHA.

Tak perlu nak diceritakan kot.

Bunyi macam masih depend dengan mak bapak kan?

Jangan lah camtu. Takpe Takpe. Adalah sebab nya.

Dah. Yajak. Bye!

By the way, Aisyah pilih pilihan first tu, PASUM! HAHA 2nd Asasi Pintar UKM 3rd Asasi Perubatan UIAM Lepas tu Asasi Sains Hayat UNIMAS, Asasi Sains UMS, UiTM Asasi Sains, USIM Tamhidi Perubatan dan UIAM Asasi Pengajian Islam dan Sains...

Photobucket

2015-02-09

Postcard Dari Hradec Kralove, Czech Daripada Hanis Amanina

Salam semua..

Hari ini Sya nak share poskad daripada kak Hanis Amanina selepas menang giveaway haritu

Ucapan dalam tu, saya mintak Google Translatekan..

Díky za přání! Mám tě ráda! Vážím si pohlednici (Ihsan Google Translate)

Eh, love love pulak hahahhaa.

Ni, kat bawah ni..



Photobucket

2015-02-04

Review: Mom's Laksa Kopitiam

Dap nye.. Baru makan Sabtu lepas.. Nyummm

Jika bertandang ke Kuching, adalah menjadi kewajipan kepada semua untuk mencuba keenakkan Laksa Sarawak yang menjadi satu 'signature dish' di Bumi Kenyalang, Laksa Sarawak boleh ditemui di dalam buku menu mana-mana restoran ataupun gerai makan di seluruh negeri Sarawak.

Namun apabila memperkatakan mengenai Laksa Sarawak yang terbaik, nama Mom's Laksa acap kali disebut-sebut oleh penduduk tempatan, khususnya di Bandaraya Kuching.

Mom's Laksa mempunyai beberapa cawangan yang terletak dikawasan Petra Jaya (Gita', Jalan Merdeka;Bawah Jambatan Satok, Jalan Astana)

Ya, memang benar masih terdapat Laksa Sarawak lain yang tidak kurang hebatnya tetapi Mom's Laksa telah berjaya meletakkan jenamanya dalam kelas tersendiri apabila menggondol tempat kedua dalam anugerah Fabulous Food 1Malaysia anjuran Kementerian Pelancongan dalam kategori laksa pada 2009.

Diantara kesemua cawangan ini hanya cawangan di Jalan Merdeka (Bawah Jambatan Satok) sahaja yang menyediakan Laksa Sarawak Udang King.

Selain Laksa Sarawak, rangkaian Mom's Laksa juga menyediakan beberapa menu istimewa kepada pengunjung antaranya Mee Hoon Belacan, Rojak Tambi, Mee Kolok, serta Mee Jawa.

** Kalau dekat Semenanjung pun ada original Laksa Sarawak ni. Dekat Thymes Cafe at The Atmosphere (Hafiz Suip punye kedai makan)

Thymes Cafe
No.16-G Block C
Pusat Perniagaan The Atmosphere
Jalan Atmosphere 6
Bandar Putra Permai
43300 Seri Kembangan, Selangor
Operation Hour : 12pm-11pm
Closed on Thursday



Photobucket

GiveAway L'Oreal Paris by Ayue Idris


Assalamualaikum~

(Klik banner di atas untuk join)


facebook link : https://www.facebook.com/aisyah.japanie
instagram id : @aisyahjapanie


Jom ramai-ramai meriahkan GA Ayue Idris!! 




Photobucket

[RINDU SEKOLAH] VIDEO HARI GURU SEKOLAH AKU - 2014

Aisyah rindu sekolah. So, search kat youtube nama sekolah. Jumpa video ini. Best.. terabik punya production kelas 5B (Kelas ICT) Salute!

Photobucket

Terbaik Bagimu - Siti Nurhaliza

Salam.. 

Jom dengar lagu single Siti
Photobucket

2015-01-30

Tutorial Kot?: Bagaimana Nak Buat Link Word dalam comment?

Baiklah. Hari ini Aisyah nak ajar buat link word. Kalau dalam post senang lah, dpt tekan link. kalau dalam Comment,

<a href="LINK ANDA">WORDING APA</a>

Tu ja!

Siap :3


Photobucket

Segmen Berkenalan by: Dr. Shikin


KLIK BANNER UNTUK JOIN!

Tag:


Follower ke? Dah lama follow. Tak tahu ke berapa. HAHA

Photobucket

2015-01-29

Cabutan Bertuah "Kami Peminat LISA Surihani" di Facebook

Hari ni, Aisyah nak share satu page di facebook anjur giveaway reload percuma hanya di facebook. Syarat-syaratnya mudah sahaja.

KLIK GAMBAR UNTUK BESAR
1. Kalau belum like, Like kan page di bawah.

2. Invite 10 orang rakan FB untuk LIKE page https://www.facebook.com/minatlisasurihani
3. Komen kat ruangan comment contest tersebut dengan: 

Contest tutup pagi esok: 8:00 pagi (30/1/2015)

Kalau tak sampai 10 orang, BATAL!

Pemenang akan dipilh oleh MR Random :D


Photobucket

Segmen Bloglist Februari - Jun by Cik Manis



KLIK BANNER UNTUK JOIN!

Photobucket

2015-01-13

2015-01-11

Sedih :'(

Sedihnye dengan umat sekarang. Terlalu fanatik. Ya Allah. Serious. Mereka macam budak-budak lagi. Muda lagi. Sebaya kot ngan Aisyah. Korang mesti paham kan ape yang berlaku baru2 ni? Aisyah pun minat. Tapi tak minat org tu, tak suke lah. Iman ni kita mesti lawan, jangan sampai Syaitan lebih dominant, nafsu dominant. Kita control pada pihak recessive je. Ah? Kan dah TERKELUAR Biology. Ah! Rindu nye nak belajar SEkolah. Rindu Sekolah! Ish..


Aisyah pun minat. Serious Aisyah tengok citer jerrrrr. (Kan dah macam cite Kasut Ku Kusut) HAHA

Astaghfirullah Al-Azim. Tak mampu nak menunding jari ape2, Kita pun Hamba Allah yang lemah. Tidak dapat nak menilai.

Semoga mereka sedar perbuatan mereka. Kalau masih sekolah lagi tu, mesti malu teruk kat sekolah, ustaz ustazah kawan2 mesti tegur. Jangan marah. Doakan mereka taubat.

Ish. Kalau Aisyah, laki pegang tangan sikit rasa nak tepis mcm tangan tu dicuci dengan CLOROX? okay...

Ya Allah. Kembalikan mereka ke pangkal jalan..


Photobucket

GiveAway Ole-ole dari Japan by Ayue Idris


(Klik banner di atas untuk join)


facebook link : aisyahjapanie
instagram id : aisyahjapanie


Jom ramai-ramai meriahkan GA Ayue Idris!! 




Photobucket

Keluar Geng Sekelas + Kutip Dana untuk Ustaz Zul

Malam tadi Aisyah pergi keluar makan steamboat dengan geng sekelas, sekaligus kumpul dana untuk Ustaz Zul, kampungnya di Kelantan kena banjir. Alhamdulillah selesai dengan baiknya...


Lepas ni nak keluar lagi, tak puas walaupun tak semua ada..

Nak pergi library. Otak rasa tepu tak masuk input apa-apa cuti ni. Masih berbaki beberapa bulan lagi. Nak join program Jom Masuk U!, KLS 2015...

Nah, Aisyah share gambar malam tadi punya! Sebelum tu, esok adik-adik dah sekolah. Selamat Kembali Ke Sekolah ye? Walaupun tangguh seminggu tu, masih jugak orang belum habis homework kan? Hargailah waktu persekolahan tu. Nanti jangan menyesal dah dapat result habis sekolah. Aisyah tengah menunggu dengan debaran ni...




Yang depan tu jangan tengok! Dah berpunya...
Alhamdulillah.. Terima kasih guys!!!

Photobucket