2015-11-15

Pengalaman di UiTM - Semester 1 (Tips Belajar)

Assalamualaikum.


Dalam 2 minggu lagi Aisyah akan mula semester baru iaitu 30 November 2015. Alhamdulillah result baru-baru ini untuk Semester 1 dapat yang terbaik dan puas hati. Memang dapat tinggi. Bukan nak menunjuk-nunjuk. Tetapi nak bagitahu, walaupun sekolah menengah dulu daripada aliran Sains, tetapi mampu untuk mencapai yang terbaik dalam aliran yang berlainan. InsyaAllah. Konsistenkan diri sendiri.

Kalau sesiapa sambung belajar dekat sini atau yang tengah belajar dekat sini nak belajar sama pun boleh. Apa salahnya. Jangan malu-malu. Entah-entah Aisyah yang malu-malu. Aisyah tidak banyak cakap, selalu diam-diam berbisa. ;D


Cara belajar Aisyah untuk Semester 1 dalam Diploma Perakaunan;

1. Setiap hari kita kena niat untuk belajar. Masuk kelas niat belajar kerana Allah. Bukan niat nak usha lelaki atau perempuan. Kadang-kadang kalau dapat kelas petang, kita merungut, tak sabar nak habis kelas, kalau rasa lecturer bosan terus niat nak tidur dalam kelas. Paling utama berkat Allah itu penting.

2. Fokus! Setiap blog atau entri yang anda jumpa mesti ada fokus, kan? Memang fokus ini penting. Kalau tak dapat nak fokus, cari cara anda sendiri bagaimana nak fokus dalam sesuatu pelajaran itu. Macam Aisyah, kalau fokus Aisyah dah lari, Aisyah sedia awal smartphone, record apa yang lecturer itu cakap. Ada dalam satu subjek ini, ramai classmate Aisyah cakap, lecturer ini ajar laju, susah nak masuk, tahap tinggi daripada diploma kalau ajar. So, kat sini, Aisyah nak cakap cari cara sendiri. Kalau fokus tu hilang sebab mengantuk, makan gula-gula ataupun pergi ke toilet cuci muka. Kalau susah sangat pergi berjalan-jalan dekat koridor luar atau berdiri ke. Tak akan ada sesiapa yang marah. Jangan malu. Bekal air kosong ke keals. AIR KOSONG! Jangan air warna-warni.

3.  Keberkatan daripada lecturer kita. Berkat lecturer pun mesti ada. Pernah dalam semester 1 ni, satu kelas Aisyah kena marah dengan lecturer. Kalau lecturer kita marah, jangan buat muka, jangan mengata yang buruk-buruk belakang mereka. Aisyah memang melalui benda ini semua. pengalaman mengajar erti hidup kita, kan? Aisyah kongsi dekat sini. Sebelum exam, minta berkat dengan mereka. Minta maaf. Buang ego. Buang dendam. Tak payahlah ego dan dendam dengan orang. Tak ada gunanya.


4. Siapkan assignment dan tutorial dengan kadar yang SEGERA. Lepas kita siapkan kerja, review balik apa yang kita belajar hari tersebut. Buat nota yang simple dan kita boleh faham. Ikut masa kita yang sesuai. Kalau dalam pukul 5 petang, kita pergi bersenam, bersukan atau berjoging. Malam kita study. Kalau boleh sebelum pukul 10 malam. Boleh bangun waktu pagi dalam pukul 3 pagi. Sebelum belajar, Solat Tahajud dan Solat Taubat. InsyaAllah kita akan tenang belajar. Kalu tak nak, ambil wudhu'. Lebih baik Solat. Nak sambung tidur boleh dalam 30 minit. Bangun. Pergi mandi. Solat Subuh. Review balik. Kalau ada kelas pagi, makan yang ringan dahulu. Lepas kelas boleh breakfast.

5. Organising file. Ini yang paling penting kalau Aisyah nak belajar. Meja belajar kena kemas. Nota dan Tutorial dalam file disusun kemas untuk setiap subjek. Aisyah beli one file for one subject. Dalam file tersebut buatlah divider for each category seperti Past Years Paper, Notes, Tutorials & Quizzes. Okay tak? Laburkan wang anda dengan keselesaan anda dan untuk masa depan kita juga.

6. Tidur secukupnya. Badan kita kena rehat. Nanti sakit. Kalau sakit tak dapat turun kelas. Susah kalau nak belajar benda baru daripada kawan. Daripada lecturer lebih baik. Sekurang-kurangnya tidurlah 6 jam. Ada juga di kolej kita jumpa kawan-kawan stay up tengah malam. Tidur 1 jam lepas tu bangun balik belajar. Kalau Aisyah, Aisyah tak dapat macam itu. Even Rasulullah tidur waktu malam untuk Solat Tahajud. Kalau nak jugak, tidurlah selepas Zohor kalau tak ada kelas. Tidur sekejap. Mengikut sunnah Rasulullah. InsyaAllah... Lebih baik Solat tengah malam, kan? Ada juga kita jaga hubungan kita dengan Allah. Memang ramai yang akan buat seperti ini pada zaman kita belajar dekat universiti ini. Terutamanya dekat nak final atau tengah final. Prinsip Aisyah, apa guna kita belajar untuk satu semester, belajar betul-betul malam sebelum final sahaja. Lepas final, lepas kita keluarkan atas kertas semua yang dibelajar. Terus lupa.

7. Jangan berfoya-foya sangat. Kalau dekat kampus Aisyah ini, jalan kaki pergi ke shopping complex, kedai makan lepak! Nak dijadikan satu cerita, ada seorang ini, rasa terlalu bebas dekat luar, mungkin dia culture shock. Terus, ada orang luar ambil dia, tidur di rumah sewa. Keluar. Tidak pergi ke kelas. Bebas sangat. Terus, dengan rela diri, dia quit. Lebih baik quit daripada dibuang, kan? Jadi, lebih baik ikut aktiviti kolej atau kampus. Kalau nak keluar boleh. Jangan setiap hari. Buang masa.

Rasanya itu sahajalah. Kalau ada yang kurang, nak tanya apa-apa tentang belajar dan UiTM, boleh email Aisyah -> sitiaisyah97@gmail.com InsyaAllah Aisyah akan reply segera. Kalau nak Aisyah buat entry tentang UiTM pun boleh. InsyaAllah..

I will update more soon. Terima kasih sebab baca.

P.s: Yang paling penting, balancekan diri kita. Jaga hubungan kita dengan Allah, dengan manusia, dan dengan alam. Kan?
Photobucket

No comments:

Post a Comment