2013-03-31

Fakta Menarik tentang Otak Manusia

Assalamualaikum,
Hari ini merupakan hari terakhir untuk bulan Mac. Masa berlalu dengan cepat, betul tak? Baiklah. Hari ini, saya nak berkongsi apa yang telah saya baca daripada Majalah Gen-Q. Menarik majalah ini. Sesuai untuk golongan remaja sekarang. Banyak maklumat yang menarik dan padat.

Baiklah. Hari ini saya nak berkongsi tentang OTAK!



APA ITU OTAK?

Otak merupakan organ bagi pusat kawalan utama badan. Otak boleh menganalisis maklumat yang disampaikan dengan cepat. Subhanallah. Menariknya ciptaan Allah, bukan? 

Fakta Menarik tentang Otak Manusia..

1. 80% daripada struktur otak terdiri daripada air. Jadi minum air dalam kuantiti yang secukupnya penting untuk otak. Saya pernah mendengar. Jika kita minum air kosong, ini boleh menyegarkan tubuh badan kita. Jadi, otak kita akan kembali aktif. Ada sesetengah rakan saya tidak suka minum air kosong. Anda bagaimana? Air kosong banyak kegunaan tahu tak? Rugi tidak mengamalkan meminum air kosong. Bagi mereka air kosong tidak mempunyai rasa. Entahlah. 
*ANDA MANUSIA PERLU MINUM AIR KOSONG SEKURANG-KURANGNYA 8 GELAS SEHARI!!*


2. Walaupun saiz otak hanya 2% sahaja daripada saiz badan manusia, namun ia memerlukan kira-kira 20% oksigen yang dipindahkan melalui salur darah. Hah! Kita perlulah menyedut oksigen ya! HEHE. Oksigen penting untuk hidup tahu tak? Kalau boleh, pergilah ke kawasan yang penuh dengan kehijauan.. Segar.. Banyak oksigen yang diperoleh daripada pokok-pokok, kita boleh menyumbangkan karbon dioksida kepada pokok-pokok..


3. Saiz dan berat jirim otak tiada kaitan dengan kemampuan otak berfikir. Buktinya, Neuroscience Letters melaporkan bahawa berat otak Albert Einstein hanya 1230 gram, berbanding berat purata otak lelaki dewasa iaitu 1400 gram, namun daya berfikir beliau melangkaui kemampuan manusia biasa. Saya banyak mendengar di sekolah. Banyak pelajar merungut 'BERAT KEPALA nak belajar lagi..' HUH. Entahlah..

Baiklah disini sahaja....
Photobucket

1 comment: