2014-12-12

Menulis

Kalau selepas SPM, mesti ramai yang tanya nak buat apa? Nak kerja Part time atau tidak? Duduk rumah je ke, tengok drama korea, tengok Running Man, melantak..



Aisyah di rumah je goyang kaki, adalah pendapatan sedikit gitu2 daripada blog. hehe.. Cikgu Aisyah ada tanya juga pasal itu. Tapi, Aisyah nak explain cakap di rumah jugak susah, dia cakap nanti Aisyah makin berisi. Takpe, Aisyah ada treadmill kat rumah HAHAHA.. Dumbbell pun ada 5kg, 2 bijik.

Walaupun dah habis SPM, result belum dapat, rasa pun belum tenang lagi. Ramai orang di sekeliling Aisyah cakap, "Adik, di dunia kita tak akan rasa 'freedom' tersebut, kita mesti kerja dan kumpul pahala banyak2, di akhirat kelak, kalau nak rehat puas-puas rehat lah" Tapi, kalau kite tengok kat dunia ni, masih ramai orang yang masih mengejar dunia, kan? Ini pun untuk kesedaran Aisyah sendiri, kan?

Aisyah risau jugak kalau nak masuk Universiti nanti. Tak kisah lah mana-mana universiti. Bagaimana rasanya? Aisyah ni anak sulung. Tak ada pengalaman mana-mana yang terdekat. Sepupu pun yang masuk universiti ramai lelaki. Sepupu banyak lelaki dan masih kecik2. Ada sesiapa yang nak share? Kalau ikut result percubaan Aisyah, belum layak nak ambil Asasi Sains. Teringin jugak nak ambil medic. Insya Allah tengok result SPM nanti. Mesti rasa nyesal tak sudah kalau tak dapat yang di target. Nervous nyaaaaa... Apa yang dibelajar Asasi Sains? Bagaimana exam? Kalau nanti masuk kelas tak sesat ke? Argghhh!!! How?

Seperti kata bekas Pengerusi LPS 2013/2014 sekolah, "Ini adalah permulaan hidup yang sebenar, erti kehidupan" Mohon bantuan kakak-kakak dan abang-abang atau mak cik-mak cik pak cik- pak cik?

Terima kasih..

Photobucket

1 comment: