2015-02-04

Review: Mom's Laksa Kopitiam

Dap nye.. Baru makan Sabtu lepas.. Nyummm

Jika bertandang ke Kuching, adalah menjadi kewajipan kepada semua untuk mencuba keenakkan Laksa Sarawak yang menjadi satu 'signature dish' di Bumi Kenyalang, Laksa Sarawak boleh ditemui di dalam buku menu mana-mana restoran ataupun gerai makan di seluruh negeri Sarawak.

Namun apabila memperkatakan mengenai Laksa Sarawak yang terbaik, nama Mom's Laksa acap kali disebut-sebut oleh penduduk tempatan, khususnya di Bandaraya Kuching.

Mom's Laksa mempunyai beberapa cawangan yang terletak dikawasan Petra Jaya (Gita', Jalan Merdeka;Bawah Jambatan Satok, Jalan Astana)

Ya, memang benar masih terdapat Laksa Sarawak lain yang tidak kurang hebatnya tetapi Mom's Laksa telah berjaya meletakkan jenamanya dalam kelas tersendiri apabila menggondol tempat kedua dalam anugerah Fabulous Food 1Malaysia anjuran Kementerian Pelancongan dalam kategori laksa pada 2009.

Diantara kesemua cawangan ini hanya cawangan di Jalan Merdeka (Bawah Jambatan Satok) sahaja yang menyediakan Laksa Sarawak Udang King.

Selain Laksa Sarawak, rangkaian Mom's Laksa juga menyediakan beberapa menu istimewa kepada pengunjung antaranya Mee Hoon Belacan, Rojak Tambi, Mee Kolok, serta Mee Jawa.

** Kalau dekat Semenanjung pun ada original Laksa Sarawak ni. Dekat Thymes Cafe at The Atmosphere (Hafiz Suip punye kedai makan)

Thymes Cafe
No.16-G Block C
Pusat Perniagaan The Atmosphere
Jalan Atmosphere 6
Bandar Putra Permai
43300 Seri Kembangan, Selangor
Operation Hour : 12pm-11pm
Closed on Thursday



Photobucket

No comments:

Post a Comment